Anwar Ibrahim|Feb 10, 2026 13:35
Alhamdulillah, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia melonjak ke kedudukan 54, mencerminkan usaha Kerajaan MADANI memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.
Peningkatan ini antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas SPRM, PDRM, LHDN dan JKDM, termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam.
Kerajaan MADANI juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan. Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang.
Pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#JenteraMADANI(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink