Anwar Ibrahim|Sep 23, 2026 15:07
Saya telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pengurusan kanan dari lima gergasi industri China yakni AgiBot Innovation, ZTE Corporation, Alibaba Group, Geely Automobile Holdings dan Huawei Technologies.
Perbincangan kami berkisar seputar hal meneroka secara mendalam tentang keupayaan pelaburan baharu serta kerjasama strategik dalam sektor berdampak tinggi meliputi sektor robotik humanoid, infrastruktur digital, kecerdasan buatan (AI), teknologi EV, serta e-dagang.
Syarikat AgiBot telah menyatakan komitmen potensi pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang tahun 2035 dengan pewujudam 5,000 peluang pekerjaan. ZTE pula menggariskan inisiatif serta pelaburan bernilai RM170 juta bagi memacu transformasi digital Malaysia, sekaligus membina lebih banyak peluang kerjaya berkualiti buat anak-anak tempatan.
Dalam perbincangan bersama Alibaba Group, usaha memperluas akses pasaran bagi produk Malaysia khususnya keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan industri halal negara ke pasaran China dan global menerusi ekosistem digital Alibaba turut disentuh.
Lantas, Kerajaan MADANI kekal komited dalam merintis dan menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkasa keupayaan bakat tempatan, serta menjana peluang pekerjaam berkemahiran demi memacu kemakmuran ekonomi rakyat dan tanah air.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink