Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Sep 13, 2026 09:31
Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik. Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih banyak dibelanjakan untuk membayar faedah berbanding berbelanja untuk pendidikan atau kesihatan. Justeru, sistem pembiayaan antarabangsa perlu lebih adil dan tidak menjerumuskan negara ke dalam hutang yang tidak tertanggung hanya kerana mahu memenuhi keperluan asas rakyat. Saya turut menekankan keperluan mempercepat inisiatif melalui New Development Bank, memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serta memanfaatkan potensi besar pasaran modal Islam. Negara-negara BRICS juga harus berganding melalui langkah nyata untuk merungkai amalan perdagangan tidak adil, berkongsi pengalaman pembangunan serta memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan. Peralihan hijau mesti mengambil kira realiti dan tahap pembangunan setiap negara kerana tidak semua mampu bergerak pada kadar atau melalui jalan yang sama. BRICS memiliki kelebihan geoekonomi menerusi pasarannya yang luas, sekali gus membuka ruang mempelbagaikan perdagangan, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat serta menjana kemakmuran bersama. Namun, kita tidak boleh berbicara tentang pertumbuhan terangkum selagi peperangan terus melonjakkan harga tenaga dan mengancam laluan laut yang menjadi nadi ekonomi dunia. Pencerobohan Israel di Asia Barat turut menyebabkan negara-negara yang tidak terlibat dalam peperangan ini menanggung akibat melalui inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Pendirian Malaysia jelas: kedaulatan mesti dihormati, orang awam dilindungi dan laluan utama ekonomi dunia tidak boleh dijadikan medan pertempuran. Malaysia percaya BRICS mesti berani menyatakan pendirian bahawa pendudukan haram, penjajahan serta keganasan tidak boleh terus dibiarkan, dan setiap nyawa manusia wajib dipertahankan tanpa mengira di mana mereka berada. Bagi Malaysia, autonomi strategik bererti kebebasan menentukan haluan serta keberanian mempertahankan pendirian tatkala diuji. Sebagai Negara Rakan BRICS, Malaysia bersedia menyumbang dengan semangat ini. ===== Addressed the 18th BRICS Summit in New Delhi today, where I conveyed Malaysia’s appreciation to India for convening this timely session amid profound shifts in the global economic and geopolitical landscape. We meet at a moment of great contradiction. Technology has rarely advanced faster, yet for much of the developing world, economic uplift remains remote. Too many countries are in debt distress or at serious risk of it, while far too many people live in countries where more is spent on interest than on teaching the young or tending the sick. No nation should be forced to choose between honouring its debts and honouring its obligations to its people. Financing must therefore be fit for purpose, ensuring that meeting basic needs and providing public goods do not leave countries carrying debts they cannot sustain. Commercial capital also has an important role, provided it is deployed on sound and sustainable terms. I stressed the need to advance initiatives through the New Development Bank, mechanisms for local currency settlements and the immense potential of Islamic capital markets. We must also act jointly through concrete measures to dismantle unfair trading practices, share our development experience and strengthen technical cooperation and training in emerging fields, including semiconductors and artificial intelligence. (Full statement on Anwar Ibrahim’s Facebook page) #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI(Anwar Ibrahim)
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads