Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|6月 18, 2026 10:30
Menyampaikan Kenyataan Negara sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, yang menjadi medan penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan Persekutuan Rusia dalam suasana dunia yang kian mencabar dan tidak menentu. Saya menegaskan bahawa dialog dan diplomasi mesti terus menjadi asas dalam menangani pelbagai konflik serta ketegangan geopolitik yang sedang berlaku. Malaysia kekal berpegang bahawa keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui rundingan, persefahaman dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa. Saya turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, digital, sains dan teknologi, kecerdasan buatan (AI), tenaga, keterjaminan makanan, industri halal serta hubungan antara rakyat demi menjana manfaat yang lebih besar kepada negara-negara ASEAN dan Persekutuan Rusia. Menyentuh perkembangan di Asia Barat, saya sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia yang menuntut agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan dan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri terus dipertahankan. Malaysia juga mengecam perluasan tindakan ketenteraan rejim Zionis Israel ke Lubnan serta mengutuk sebarang serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Saya percaya ASEAN dan Rusia punyai ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama berasaskan hormat, manfaat bersama serta komitmen terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat. ====== Delivered Malaysia’s National Statement at the ASEAN-Russia Commemorative Summit. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #DiplomasiMADANI #ASEANRussia(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads