Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jun 18, 2026 00:23
Mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi Malaysia dan Persekutuan Rusia. Saya terlebih dahulu sampaikan salam Tuanku Agong, di samping menzahirkan penghargaan atas layanan mesra dan penghormatan yang sentiasa diberikan kepada Malaysia. Saya menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Persekutuan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak. Kami juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal. Perbincangan turut merangkumi usaha memudah cara pergerakan rakyat melalui pemansuhan visa, serta penerokaan mekanisme bagi memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan (Ringgit dan Ruble). Pada kesempatan sama, saya memuji pendirian Presiden Putin yang konsisten dan berprinsip dalam menyuarakan pandangan berhubung isu Gaza dan Iran. Kerajaan MADANI akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk melalui kerjasama antarabangsa yang mampu menjamin kestabilan, kesinambungan dan daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat. ====== Had a productive meeting with President Vladimir Putin to discuss a wide range of bilateral cooperation, including opportunities to further strengthen collaboration in the energy sector, a strategic area of mutual interest to Malaysia and the Russian Federation. 🇲🇾🇷🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads