Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jun 09, 2026 11:20
Tengah hari tadi saya mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa iaitu IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation. Syarikat-syarikat ini merupakan antara peneraju dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi perkomputeran termaju, automotif berteknologi tinggi, tenaga, infrastruktur serta pembangunan tenaga boleh baharu. Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dan peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik seperti tenaga, industri halal, AI, pusat data, teknologi digital dan industri masa hadapan. Tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global, kerjasama ini penting untuk memperkukuh daya tahan ekonomi serta keterjaminan bekalan negara. Fokus kita adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, memperkasa ekosistem berteknologi tinggi negara, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat serta memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama. Saya percaya keyakinan yang ditunjukkan syarikat-syarikat terkemuka Jepun terhadap Malaysia mencerminkan kedudukan negara kita yang semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam sektor yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi masa depan. ===== This afternoon, I met with six leading Japanese and international companies: IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation and Marubeni Corporation. Our discussions focused on new opportunities for investment and collaboration in strategic sectors, including energy, the halal industry, AI, data centres and digital technology. As the world continues to face global supply and energy challenges, such partnerships are increasingly important in strengthening resilience and long-term supply security. Malaysia’s focus remains clear: to attract quality investments, strengthen our high-technology ecosystem, create high-value jobs and deepen economic ties with Japan. The confidence shown by these companies reflects Malaysia’s growing standing as a strategic investment destination and a trusted partner for future growth in the region. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+3
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads