Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|12月 09, 2025 07:52
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-9, Bil. 2 Tahun 2025 bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan agenda perlindungan sosial negara. Saya menegaskan keperluan melaksana program secara inklusif, merangkumi seluruh negara dan semua segmen masyarakat, termasuk penyediaan perkhidmatan penting seperti pusat rehabilitasi, malah undang-undang dan peraturan berkaitan juga perlu diteliti semula agar pelaksanaan inisiatif dapat dipercepat dan memberi impak terbaik kepada rakyat. Tahniah saya ucapkan kepada PERKESO atas pelantikan semula sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) bagi penggal 2026–2028, satu pengiktirafan besar buat Malaysia di pentas global. Mesyuarat turut mengambil maklum penambahbaikan sistem PADU yang dipacu Kementerian Ekonomi, serta pembentangan kertas kerja oleh PERKESO, World Bank dan Kementerian Ekonomi dalam usaha memperkukuh ekosistem perlindungan sosial negara. Saya turut menghargai penerbitan Statistik Perlindungan Sosial Malaysia 2024, sebagai rujukan penting dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar kepada rakyat di seluruh pelosok negara. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads