Anwar Ibrahim|Dec 08, 2025 08:34
Hari ini saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 6/2025 bagi memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam melalui inovasi Kerajaan MADANI demi perkhidmatan yang lebih pantas, mudah, telus dan berfokus kepada rakyat.
Mesyuarat bersetuju menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian, mempercepat pendaftaran MyDigital ID, serta memacu pembangunan MyGov Malaysia sebagai gerbang digital tunggal berteraskan kecerdasan buatan (AI).
Keutamaan turut diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di IPTA serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital secara berterusan.
Bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Hab Kreatif Digital Global menjelang 2030, Kerajaan telah merangka Pelan Hala Tuju Ekosistem Kreatif Digital 2026–2030 (DICE Roadmap) sebagai panduan untuk memposisikan negara sebagai peneraju penciptaan harta intelek berkualiti tinggi serta pembangunan bakat kreatif bertaraf dunia.
Segala inisiatif ini menjadi asas kepada Fasa 3 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2026–2030) yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan perniagaan, peningkatan taraf hidup rakyat dan reformasi ekonomi digital negara.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha dengan penuh tekad dan kecekapan, berpaksikan rakyat, demi memastikan Malaysia kekal maju, makmur dan bersedia menghadapi cabaran era digital yang semakin pesat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink