Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|11月 23, 2025 02:49
Berada di pentas G20 semalam mengingatkan saya betapa dunia sedang bergerak pantas sambil mengendong dan menghadapkan kita dengan badai rempuhan tantangan dan juga harapan. Di Johannesburg, ketika semua negara hadir membicarakan tentang masa depan iklim, keterjaminan makanan dan peralihan tenaga, saya lontarkan bahawa suara rantau kita yang sekian lama dirundung risiko bencana dan tekanan malapetaka iklim mesti menjadi diambilkira dan mesti menjadi sebahagian daripada halatuju global. Pengalaman ASEAN telah menjadi petunjuk bahawa daya tahan tidak hanya terbina pada saat kemelut, tetapi mesti terpacul melalui pelaburan dan pendanaan awal, termasuk sistem amaran awal, dan kerjasama rentas sempadan yang berpaksikan kemanusiaan. Di ruang bicara yang sangat bertenaga itu, saya mengangkat satu hakikat yang tidak mampu disembunyikan di balik retorik mual, yakni bahawa tuntutan tenaga dunia masih belum selari dengan kemampuan teknologi bersih dalam mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini, kita mesti jujur, pragmatik dan berani. Lantaran itu, mesti ditegaskan di sini juga bahawa Malaysia sedang gigih melabur dalam teknologi yang mengurangkan jejak karbon dan dampaknya, dan ia mencakup dari CCUS hingga kepada rangkaian tenaga serantau, kerana ini jalan sebenar untuk memastikan peralihan tenaga tidak hanya tinggal slogan semata tetapi mesti menjadi jalur yang dapat ditempuh oleh rakyat terbanyak tanpa menanggung beban yang memeritkan. Dan di ruang tingkat tinggi ini juga saya mengulangi bahawa pembangunan tidak akan bermakna sekiranya manusia dikesampingkan. Dunia memerlukan sistem kewangan iklim yang lebih adil, dukungan yang menyentuh nasib petani kecil, dan rangka kerja global yang tidak meminggirkan negara membangun jauh nun di belakang. Malaysia lantas komited untuk mencipta kerjasama di peringkat global atau serantau dalam memastikan ketahanan, keadilan dan kesejahteraan tidak hanya wacana yang berlegar di kalangan elit tetapi realiti bagi jutaan insan yang menaruh harapan pada apa yang diputuskan hari ini di Johannesburg, Afrika Selatan. 🇲🇾🇿🇦 #MADANIbekerja #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads