Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|11月 21, 2025 02:22
Selamat tiba di Johannesburg, Republik Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 atas jemputan Presiden Matamela Cyril Ramaphosa. Undangan ini menggambarkan komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia, berteraskan persahabatan, rasa saling menghormati dan aspirasi bersama sebagai Negara-Negara Selatan (Global South). Insya-Allah, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 kali ini membuka ruang penting untuk saya berkongsi aspirasi serta pencapaian selaku Pengerusi ASEAN 2025, selain mengemukakan suara Malaysia dalam isu mendesak yang memberi kesan kepada rantau dan dunia. Saya menaruh keyakinan bahawa kehadiran Malaysia di Johannesburg bukan sekadar menghadiri persidangan, sebaliknya cerminan tekad kita untuk memperkukuh solidariti Global South, di samping meneroka kerjasama yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama. ====== Arrived in Johannesburg, Republic of South Africa, to attend the G20 Summit at the invitation of President Matamela Cyril Ramaphosa. 🇲🇾🤝🇿🇦 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads