Anwar Ibrahim|Nov 01, 2025 05:57
Sekali lagi, saya menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia dalam sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, yang kali ini memberi tumpuan kepada tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan.”
Sesi hari ini menyorot cabaran dan peluang yang muncul daripada lonjakan Kecerdasan Buatan (AI) serta transformasi digital yang sedang mencorak semula kehidupan, ekonomi dan peradaban manusia.
AI bukan lagi sekadar peranti canggih di hujung jari, ia kini menjadi nadi masa depan kita. Persoalannya bukan lagi sama ada kita harus menerima AI, tetapi bagaimana memastikan teknologi ini dapat menyantuni manusia tanpa rasa terbeban serta tidak menghakis nilai yang membentuk kemanusiaan.
Lebih setengah abad lalu, filasuf Jerman, Martin Heidegger telah mengingatkan bahawa asas roh teknologi tidak terletak pada mesin yang kita cipta, tetapi pada bagaimana ia mengubah cara kita berfikir, berperilaku dan mencari makna hidup.
Peringatan ini sangat relevan hari ini, tatkala algoritma dan data mula membentuk pandangan dunia serta mempengaruhi setiap keputusan yang sepatutnya ditentukan oleh akal budi dan nilai kemanusiaan.
Malaysia percaya bahawa kekuatan sebenar teknologi terletak pada keupayaannya mengangkat tamadun, bukan menenggelamkan nilai-nilai luhur yang menjadi asasnya. Kami menyokong pembangunan AI untuk memperluas ilmu, mempercepat inovasi dan mencipta peluang baharu yang mampu mengangkat martabat rakyat.
Namun, kemajuan tidak boleh diukur semata-mata dengan kecekapan atau keuntungan. Pertumbuhan digital mesti bergerak seiring dengan tenaga boleh diperbaharui, kelestarian alam, dan prinsip moral yang tidak boleh dikompromi.
Kita tidak mahu sebuah dunia di mana peranti menentukan takdir manusia. Sebaliknya, kita ingin membina masa depan di mana AI memperkasa kreativiti manusia, memperkukuh komuniti dan memperkayakan jiwa.
Teknologi mesti kekal sebagai alat kemajuan insan bukan pengganti makna kemanusiaan. Yang penting bukan hanya untuk menjadi negara pintar, tetapi bangsa yang bijaksana. Kerana kemajuan tanpa nilai serta hikmah, hanya akan membawa dunia dan manusia kehilangan arah dan makna.
======
Once again, I delivered Malaysia’s National Statement during the intervention session of the APEC Economic Leaders’ Meeting, which this year focuses on the theme "Preparing a Future-Ready Asia-Pacific’
Today’s session underscored the challenges and opportunities arising from the surge of Artificial Intelligence (AI) and the broader digital transformation that is reshaping our lives, economies, and human civilisation.
I emphasised that while technology can drive progress, it must never be allowed to displace our humanity or erode the values that define us.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#DiplomasiMADANI
#APEC2025(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink