Anwar Ibrahim|Oct 31, 2025 04:36
Menyampaikan Kenyataan Negara semasa sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 di Gyeongju, Republik Korea.
Usai Sidang Kemuncak, keyakinan saya semakin teguh bahawa dialog dan kerjasama serantau bukan sekadar wajar sebalilnya suatu keperluan mendesak.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja menjadi peringatan bahawa keamanan dan kemakmuran tidak akan kekal tanpa kepercayaan, kesabaran dan rundingan berterusan. Prinsip yang sama harus diangkat dalam konteks Gaza dan Ukraine bahawa penyelesaian berasaskan dialog, bukan kekerasan, adalah satu-satunya jalan menuju keamanan yang hakiki.
APEC pula terbukti sebagai pelopor yang memacu semangat keterbukaan, menggalas tanggungjawab moral dan memperkenalkan norma ekonomi global berasaskan kerjasama sukarela, bukan paksaan.
Kini, APEC sedang memupuk idea baharu yang menyentuh cabaran masa depan: pertumbuhan hijau dan kewangan mampan, transformasi digital dan keterangkuman teknologi, rantaian bekalan yang berdaya tahan, serta peralihan tenaga bersih dan keselamatan makanan.
Semua ini seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI yang membina ekonomi yang inklusif, berdaya tahan dan mampan demi manfaat seluruh rakyat.
Kerjasama sejati menuntut penyertaan menyeluruh antara kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat, bukan untuk berkongsi kuasa tetapi berkongsi tujuan.
APEC harus menjadi jambatan bukan sahaja bagi ekonomi Asia Pasifik, tetapi juga dalam memperluas keterlibatan dengan rantau Amerika Latin dan Afrika menuju sebuah tatanan ekonomi dunia yang lebih adil dan seimbang antara negara maju dan negara membangun (Global North dan Global South).
======
Delivered Malaysia’s National Statement at the APEC Economic Leaders’ Meeting 2025 in Gyeongju, Republic of Korea.
Reaffirmed that lasting peace and prosperity depend on trust, dialogue, and inclusive cooperation. APEC’s legacy of voluntary collaboration continues to inspire collective efforts toward green growth, digital inclusion, resilient supply chains, and sustainable development in line with Malaysia’s MADANI Economy vision for a just and balanced global order.
Foto: Izzuddin Abd Radzak
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#DiplomasiMADANI
#APEC2025(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink