Anwar Ibrahim|Oct 30, 2025 10:40
Ketika pertemuan peribadi dalam kenderaan rasmi ‘The Beast’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, saya menggunakan perjalanan selama 40 minit itu untuk menegaskan pendirian Malaysia berhubung pengiktirafan hak mutlak rakyat Palestin serta keperluan segera menoktahkan penindasan terhadap penduduk Gaza.
Perkara ini saya maklumkan dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, dan saya ulangi dengan tegas dalam Sidang Kemuncak ASEAN–AS, Mesyuarat Dua Hala Malaysia–Amerika Syarikat, serta Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Malaysia akan terus lantang menyuarakan pandangan terhadap kekejaman rejim Zionis dan berdiri teguh mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink