Anwar Ibrahim|Oct 26, 2025 13:30
Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya turut mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun ke-28 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Jepun baharu, @takaichi_sanae.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Perdana Menteri Takaichi ke luar negara selepas memegang jawatan dan sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun, pastinya amat bermakna dan mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha memperkukuh kerjasama serantau.
Sidang kemuncak ini menjadi wadah penting bagi ASEAN dan Jepun memperkukuh ketahanan serantau, merangkumi pembangunan infrastruktur, kesiapsiagaan bencana, serta usaha mempersiapkan generasi muda ASEAN menghadapi ekonomi hijau dan digital masa hadapan.
ASEAN amat menghargai persahabatan erat Jepun serta sokongan berterusannya dalam memperkasa inovasi, rantaian bekalan yang berdaya tahan, tenaga bersih dan pertumbuhan berteraskan insan.
Malah, ASEAN juga berhasrat untuk terus bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Sanae Takaichi dan Kerajaan Jepun dalam memperkukuh hubungan yang berasaskan kepercayaan, nilai bersama serta cita-cita murni demi keamanan dan kemakmuran serantau.
///
As Chair of ASEAN, I was honoured to preside over the 28th ASEAN–Japan Summit — reaffirming a partnership built on trust, shared values, and a common vision for peace and prosperity in our region.
ASEAN deeply values Japan’s steadfast friendship and its support in advancing resilient supply chains, clean energy, and human-centred growth, and looks forward to working closely with Prime Minister Sanae Takaichi and the Government of Japan to advance our shared vision of innovation and resilient growth.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇯🇵
#MalaysiaMadani
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#ASEAN(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink