Anwar Ibrahim|Oct 26, 2025 12:48
Malaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada majlis bersejarah melalui pembaharuan dan pemeteraian MoU antara ASEAN dan FIFA yang dilakukan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Antara yang dimeterai adalah penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA-ASEAN bagi memperkasa pembangunan bola sepak di rantau ASEAN.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak dalam memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial dan keamanan serantau.
Perkembangan pesat bola sepak di ASEAN membuktikan keupayaan sukan ini menyatukan masyarakat pelbagai latar dan budaya.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menekankan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial dan kerjasama serantau dan memastikan sukan ini terus berkembang secara mampan untuk generasi akan datang.
//
Malaysia is honored to host the signing of the ASEAN-FIFA MoU during the 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur.
Among the key outcomes is the launch of the new FIFA-ASEAN Cup, aimed at strengthening football development across the region.
This partnership reflects our shared commitment to use football to foster cultural growth, social progress, and regional unity.
Foto: Shahnaz Fazlie
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#ASEAN(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink