
Anwar Ibrahim|Oct 06, 2025 12:49
Dalam agenda lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, @CMShehbaz ke Malaysia, kami turut menghadiri majlis bersama komuniti perniagaan bagi memperkukuh potensi ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa kerjasama sedia ada wajar diperkukuh bagi mencapai potensi sebenar serta membuka peluang baharu di peringkat global.
Saya juga yakin kepimpinan kedua-dua negara berkongsi visi dan komitmen untuk merealisasikan kerjasama yang erat antara kerajaan dan sektor swasta.
Kejayaan hubungan dua hala tidak bergantung kepada persahabatan semata-mata, tetapi menuntut komitmen politik yang kukuh dan pelaksanaan dasar yang cekap bagi menjamin ketahanan ekonomi bersama.
//
During the official visit of Pakistan’s Prime Minister Muhammad Shehbaz Sharif, we joined a business community engagement to boost economic, trade and investment ties between Malaysia and Pakistan.
I reaffirmed our shared commitment to strengthen cooperation, unlock new global opportunities, and ensure that strong political will and effective policies drive resilient bilateral growth.
🇲🇾🇵🇰
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink