Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Sep 24, 2025 12:46
Dalam lawatan rasmi ke Timor-Leste, saya bersama Presiden Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão telah merasmikan pelancaran projek Pusat Konvensyen di Pelabuhan Dili, yang merupakan satu pencapaian bersejarah dan simbol komitmen Timor-Leste untuk terus mara ke arah keanggotaan ASEAN. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengiktiraf serta menghargai usaha berterusan Timor-Leste dalam melaksanakan pelan tindakan keanggotaan ASEAN. Inisiatif ini bukan sahaja melambangkan kemajuan pembangunan negara tersebut, malah membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih luas antara Malaysia dan Timor-Leste, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan serta masa depan yang lebih makmur bagi rantau ASEAN secara keseluruhannya. // During my official visit to Timor-Leste, I joined President Dr José Ramos-Horta and Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão to launch the Convention Centre project at Dili Port, a historic milestone that reflects Timor-Leste’s strong commitment towards ASEAN membership. As ASEAN Chair, Malaysia values Timor-Leste’s continued efforts in carrying out its membership action plan. This initiative not only marks the country’s development progress, but also opens new opportunities for stronger economic cooperation between Malaysia and Timor-Leste, while contributing to growth, stability, and a more prosperous future for ASEAN as a whole. 🇲🇾🤝🇹🇱 #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads