
Anwar Ibrahim|Aug 30, 2025 10:55
Saya mengambil maklum mengenai semakan strategik oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) terhadap pelaburannya dalam kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
Saya menegaskan bahawa selaku institusi yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan nasional dan Bumiputera, PNB perlu mengekalkan peranan serta pegangan dalam aset-aset strategik negara.
Justeru, saya meminta PNB untuk meletakkan kepentingan nasional dan Bumiputera sebagai pertimbangan utama dalam membuat sebarang keputusan.
Proses semakan ini tidak wajar diteruskan sekiranya ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit atau memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
ANWAR IBRAHIM(Anwar Ibrahim)
Share To
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink