Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Aug 14, 2025 11:23
Saya telah menerima kunjungan anak-anak muda dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) yang sedang bercuti musim panas dan sedang menjalani latihan amali di syarikat swasta dan GLC di Malaysia dan juga di luar negara. Anak-anak muda ini mewakili lebih 16,000 pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan di Republik Ireland. UKEC yang diketuai oleh saudara Vincent Tang telah mengemukakan cadangan peluang kerjasama yang lebih strategik di antara Kerajaan Persekutuan dengan UKEC melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dalam pelbagai bidang yang ingin diterokai dan dasar sedia ada. Saya juga mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai bagaimana harus didepani gejala ‘brain drain’ yang telah sekian lama merundung negara. Saya juga telah menekankan bahawa semua pihak mesti memanfaat serta mengoptimumkan dasar serta struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan struktur atau dasar, dan memastikan libaturus dan wacana bergerak secara berterusan bagi memastikan pelbagai isu dapat diselaraskan dengan berkesan dan sistematik. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
Share To

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads