Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Aug 07, 2025 05:58
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing-masing di Perdana Putra. Pertemuan ini amat bermakna kerana kami mencapai kesepakatan penting untuk meneruskan dialog dan mengekalkan gencatan senjata di sempadan Thailand–Kemboja yang bermula sejak 28 Julai lalu. Ia mencerminkan iltizam bersama untuk menjunjung keamanan dan kestabilan serantau yang amat mustahak dalam landskap geopolitik hari ini. Saya menghargai keyakinan yang diberikan oleh Thailand dan Kemboja kepada Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai dan memantau situasi di sempadan, khususnya melalui peranan penting Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar. Alhamdulillah, kedua-dua negara turut mencapai beberapa persetujuan penting, termasuk komitmen untuk mematuhi sepenuhnya gencatan senjata tanpa sebarang bentuk serangan, tidak menambah kekuatan atau mengubah penempatan tentera, mengelak tindakan provokatif, serta menjamin perlindungan terhadap orang awam dan infrastruktur awam. Bicara kami selama lebih 30 minit turut menyentuh cadangan penempatan pasukan ASEAN Observer Team (AOT) bagi membantu usaha pemantauan, bantuan kemanusiaan serta pengurusan perubatan di kawasan sempadan. Insya-Allah, saya dan seluruh pasukan Malaysia akan terus berusaha menyokong proses damai ini atas kepercayaan dan keyakinan bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai melalui dialog, persahabatan dan keikhlasan. ===== This morning, I received a courtesy call from Cambodia’s Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, General Tea Seiha, and Thailand’s Acting Minister of Defence, General Nattaphon Narkphanit, together with their respective delegations at Perdana Putra. It was a meaningful meeting that resulted in a key consensus to sustain dialogue and uphold the ceasefire along the Thailand–Cambodia border, in effect since 28 July. I appreciate the trust placed in Malaysia to continue facilitating the peace process, particularly through the leadership of the Chief of Defence Forces, General Tan Sri Mohd Nizam Jaffar. Both sides also reached several important agreements including full adherence to the ceasefire without any form of aggression, no increase or repositioning of troops, avoidance of provocative actions, and a firm commitment to protect civilians and civilian infrastructure. We also discussed the proposed deployment of the ASEAN Observer Team (AOT) to support monitoring efforts, humanitarian assistance and medical coordination at the border. Malaysia will continue to support this process in the belief that lasting peace is only possible through dialogue, mutual respect and genuine friendship. 🇰🇭🤝🇲🇾🤝🇹🇭 #MalaysiaMADANI #MADANbekerja #RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
+3
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads