Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Aug 02, 2025 12:23
Hadir menyempurnakan Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) yang menerima sambutan luar biasa daripada warga FELDA dan seluruh lapisan masyarakat. FELDA terus melakar kejayaan membanggakan dalam memperkasakan rakyat luar bandar, antaranya, pembangunan 13 buah Pusat Hemodialisis FELDA, dengan 10 pusat telah siap dibina, mampu menampung sehingga 36 pesakit setiap satu-satu langkah besar dalam menjaga kesejahteraan kesihatan warga peneroka. Lebih membanggakan, FELDA kini menguasai lebih 90 peratus pegangan saham FGV Holdings Berhad, dan bermula 28 Ogos 2025, FGV akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Bursa Malaysia. Ini bukan sekadar kejayaan korporat, tetapi kemenangan moral dan simbol kedaulatan ekonomi untuk peneroka FELDA. Saya tegaskan bahawa apabila sesebuah institusi seperti FELDA diurus dengan amanah dan berwawasan, rakyat akan menerima manfaat secara langsung, bukan sahaja dalam bentuk peluang ekonomi dan kebajikan, tetapi juga melalui arus kemajuan yang digerakkan oleh teknologi, inovasi dan nilai integriti. Inilah wajah Malaysia MADANI yakni membangunkan luar bandar, memperkukuh ekonomi negara, dan menjamin masa depan rakyat dengan lebih bermaruah dan berdaya tahan. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja(Anwar Ibrahim)
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads