
Anwar Ibrahim|Jul 07, 2025 03:43
Saya juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Afrika Selatan, @CyrilRamaphosa.
Pertemuan ini membolehkan kami menilai semula pelbagai bentuk kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.
Saya zahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin, termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.
Saya turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.
🇲🇾🇿🇦
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BRICS2025
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink