
Anwar Ibrahim|Jun 19, 2025 08:06
Tiba di Johor bagi menghadiri Nikkei Forum Medini 2025, sebuah platform penting menjalin wacana serantau.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa lebih enam dekad hubungan erat Malaysia-Jepun yang berteraskan saling hormat, inovasi bersama dan kepercayaan terhadap potensi Asia, telah menyokong usaha pembaharuan yang kita rintis.
Hasilnya, Malaysia terus mara memperkukuh asas ekonomi, mempercepat transformasi digital dan menjulang tadbir urus berintegriti.
Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) pula membuka lembaran baharu penciptaan peluang buat Johor dan rantau sekitarnya.
Dengan pelbagai inisiatif strategik, kita pastikan pembangunan dilaksana secara inklusif dan menyeluruh, demi merapatkan jurang wilayah dan komuniti.
Saya juga menyaksikan pemeteraian MoU antara NEOJAPAN dan Invest Johor, simbol komitmen ke arah transformasi digital dan pelaburan strategik Jepun di negeri ini.
Saya percaya, masa depan Asia akan dibentuk oleh mereka yang berani memimpin dengan prinsip.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink