Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jun 10, 2025 09:02
Dalam sidang media bersama, saya dan Presiden Andrzej Duda @prezydentpl menegaskan komitmen yang teguh dan berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland ke tahap yang lebih strategik, inklusif dan menyeluruh. Antara bidang utama yang menjadi fokus termasuk perluasan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran Poland dan Eropah, serta pengukuhan eksport produk perkayuan yang bernilai tinggi. Turut diberi perhatian ialah kerjasama dalam aspek perolehan pertahanan dan perdagangan produk kayu dan balak yang lestari, memandangkan potensi sektor ini dalam menjana nilai tambah ekonomi. Kami turut menyentuh tentang peluang kerjasama dalam sektor elektrik dan elektronik, termasuk pembangunan teknologi baharu seperti hidrogen hijau, selari dengan agenda kelestarian dan peralihan tenaga yang sedang dipacu di peringkat global. Kedudukan Poland sebagai rakan strategik Malaysia dalam Kesatuan Eropah menjadikan hubungan ini amat penting untuk terus diperkasa. Mengakhiri jadual urusan rasmi, kami menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni diserikan dengan persembahan tarian tradisional serta kebudayaan pelbagai kaum yang mencerminkan keindahan, keharmonian, dan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Moga hubungan Malaysia–Poland terus diperkukuh dan diperkembangkan, demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dalam jangka masa panjang. // During the joint press conference, President Andrzej Duda and I reaffirmed our commitment to strengthening bilateral relations between Malaysia and Poland. We focused on expanding Malaysia’s palm oil and high-value timber exports to Poland and Europe, as well as enhancing defense procurement cooperation. We discussed collaboration in the electrical and electronics sector, particularly in emerging technologies like green hydrogen, aligning with global sustainability efforts. The growth in trade between our nations reflects economic strength and increased confidence among investors. Poland's role as a strategic partner within the EU highlights the importance of deepening these ties. May our relationship continue to thrive for the benefit of both nations. 🇲🇾 🇵🇱 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads