Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|May 25, 2025 06:32
Dalam sidang media bersama, saya maklumkan bahawa lawatan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone hari ini menyingkap semula pertemuan sewaktu mereka menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan tahun lalu. Saya sempat rakamkan penghargaan di atas komitmen dan kerjasama dalam membantu Malaysia apabila kita mengambil giliran sebagai Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini. Kesempatan yang ada ini juga, saya maklumkan bahawa kedua-dua negara sepakat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala khususnya bakal menyambut ulangtahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Lao tahun hadapan. Turut disentuh dan diperhalusi secara kesepakatan adalah membangunkan ASEAN Power Grid yang akan melalui Republik Demokratik Rakyat Lao, Kemboja dan Thailand menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura, Pelabuhan Darat di Perlis dan Pelabuhan Thanaleng di Lao yang kini menunjukkan kemajuan pesat dan dijangka siap tahun ini. Kami juga membincangkan isu tenaga kerja, digitalisasi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, tenaga alternatif serta nadir bumi. Melengkapkan lagi pertemuan ini adalah perbincangan mengenai peranan yang boleh dimainkan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 termasuk kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN, yang diharapkan dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Oktober tahun ini selain bantuan kemanusian dan gencatan senjata di Myanmar. Terima kasih dan jumpa di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 nanti! // During the joint press conference, I emphasized the significance of Prime Minister Sonexay Siphandone's visit, revisiting our previous meeting at last year's ASEAN Summit in Laos. I expressed gratitude for the cooperation extended to Malaysia as we assumed the ASEAN Chairmanship. We agreed to strengthen bilateral relations in light of the upcoming 60th anniversary of diplomatic ties between Malaysia and Laos. Today’s discussions included the ASEAN Power Grid development, which connects Laos, Cambodia, and Thailand to Malaysia and Singapore, as well as the progress on the Inland Port in Perlis and the Thanaleng Port in Laos. We also addressed topics such as labour, digitalisation, AI, semiconductors, alternative energy, and rare earth elements. Our talks concluded with the importance of our roles in the 46th ASEAN Summit, including the admission of Timor-Leste into ASEAN and humanitarian efforts in Myanmar. Thank you, and see you at the 46th ASEAN Summit! 🇲🇾 🇱🇦 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Share To

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads