Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|May 20, 2025 14:56
Pada sebelah petang tadi, saya berkesempatan merasmikan segmen Maritim LIMA’25 serta menyaksikan demonstrasi ketenteraan yang mempamerkan kecekapan dan pergerakan taktikal pasukan keselamatan negara. Saya turut dibawa menaiki KD Perantau untuk acara Fleet Review, dan menerima penghormatan daripada setiap kapal yang mengambil bahagian dalam segmen maritim ini. Melihat sendiri tahap kesiapsiagaan, kepakaran, serta aset-aset strategik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan kita, saya amat yakin bahawa keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi. Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan pertahanan negara demi memastikan Malaysia sentiasa aman, berdaulat dan terpelihara. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #LIMA2025
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads