
Anwar Ibrahim|Apr 11, 2025 11:08
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pahang bersama Menteri Besar Pahang serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam mesyuarat tersebut, saya telah dibentangkan dengan pelbagai projek pembangunan dan perancangan jangka panjang melibatkan aspek infrastruktur asas seperti jalan raya, tebatan banjir, kesihatan, perkilangan, perumahan.
Saya telah bersetuju dengan cadangan untuk memulakan kerja awalan bagi projek yang menjadi keutamaan di negeri Pahang seperti berikut:
1. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai (FT03)
2. Penaiktarafan Jalan FT012 Jalan Kuantan-Segamat sepanjang 51km
3. Pakej 6 bagi Central Spine Road antara Karak-Simpang Pelangai dan;
4. Penaiktarafan Jalan dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT1 (Fasa 2)
5. Pembinaan baharu Klinik Kesihatan Jenis 7 berserta 10 unit Kuarters Kelas F di Pos Lenjang, Pahang
Selain melihat kepada perancangan projek pembangunan, mesyuarat turut meneliti bilangan terkini warga miskin tegar di Pahang yang bakal dinoktahkan menjelang hujung bulan April.
Saya percaya melalui perancangan dan pelaksanaan projek yang dirancang dengan teliti ia mampu membawa manfaat kepada warga Pahang serta limpahan pembangunan kepada negara.
Di penghujung sesi mesyuarat, saya memberi penekanan terutamanya kepada barisan kepemimpinan negeri untuk lantas tingkatkan prestasi serta perkemas prinsip ‘good governance’ agar negeri dan negara dapat terus dilonjak ke tahap yang lebih cemerlang dan bermakna.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink