
Anwar Ibrahim|Oct 02, 2025 14:24
Petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Anthony Tan, Pengasas-bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc. (Grab) serta delegasi.
Antara yang dibincangkan termasuklah pemberian had kelayakan tambahan kepada pemandu e-hailing susulan pelaksanaan BUDI95. Saya mengambil maklum pandangan yang disampaikan dan Kerajaan akan membantu pemandu e-hailing, selaras peranan penting mereka dalam sistem pengangkutan awam negara.
Kami turut membincangkan peranan lebih besar syarikat multinasional seperti Grab untuk bersama-sama dalam usaha melakar masa depan ekonomi Malaysia, termasuk penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan kapasiti dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan akan terus menyokong inisiatif dan komitmen sebegini agar manfaat teknologi dan ekonomi digital dapat dinikmati bersama, sekaligus memastikan kemajuan bergerak seiring dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink