Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|May 27, 2025 13:52
Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan penuh bermakna. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama erat pelbagai kementerian dan agensi serta pasukan keselamatan negara. Dalam sidang media penutup persidangan, saya zahirkan penghargaan tertinggi buat semua sahabat-sahabat pimpinan ASEAN atas semangat setiakawan luar biasa yang ditunjukkan. Sidang kali ini merupakan antara yang paling substantif dalam sejarah ASEAN bukan sahaja dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan penuh makna. Kerjasama dengan GCC dan China turut mencatat kemajuan ketara. Tidak lagi bersifat formaliti semata-mata, perbincangan kali ini jauh lebih teliti, menyentuh isu-isu seperti tarif, projek bersama serta peranan bersama dalam mendukung keamanan dan kestabilan rantau. Saya tegaskan bahawa keutamaan ASEAN kekal pada kesejahteraan rakyat, perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama. Berpegang kepada prinsip kepusatan ASEAN, kita akan terus menjalin kerjasama strategik dengan semua kuasa besar dunia sama ada China, Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain demi kepentingan serantau. Berhubung penyertaan Timor-Leste, ASEAN mencapai kesepakatan untuk menerima kemasukan sebagai anggota penuh menjelang Oktober, tertakluk kepada beberapa langkah pematuhan akhir dalam aspek ekonomi yang telah ditetapkan sebelum ini. Sidang turut bersetuju memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC bagi membuka ruang baharu untuk memperluas pasaran, menggalakkan pelaburan dan memperkukuh integrasi ekonomi serantau. Banyak isu penting yang lazimnya dibincangkan kemudian telah diselesaikan lebih awal daripada kebiasaan, termasuk mengenai Myanmar, tarif dan perdagangan intra-ASEAN. Kini, tumpuan utama kita ialah menjelmakan kesepakatan ini kepada tindakan nyata menjelang pertemuan seterusnya pada Oktober. Saya percaya semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin ASEAN kali ini mencerminkan tekad baru untuk menjadikan ASEAN benar-benar berpaksikan rakyat demi masa depan yang lebih mampan dan terangkum. ===== Alhamdulillah, Malaysia concludes the 46th ASEAN Summit on a meaningful and high note. This success is the result of the tireless efforts and close cooperation of various ministries, agencies, and our national security teams. At the closing press conference, I expressed my deepest appreciation to fellow ASEAN leaders for their extraordinary spirit of solidarity throughout the summit. This has been one of the most substantive ASEAN Summits to date, not only in the depth of discussions but also in the strength and significance of the Joint Statement that followed. Engagements with the GCC and China also marked significant progress. No longer merely formal in nature, the deliberations this time were far more thorough, covering issues such as tariffs, joint projects and our shared role in promoting regional peace and stability. I reiterated that ASEAN’s priorities remain rooted in the well-being of its people, trade, investment and inclusive economic development. Guided by the principle of ASEAN centrality, we will continue forging strategic partnerships with all major global powers including China, the United States and others in the interest of the region. On Timor-Leste’s membership, ASEAN reached a consensus to admit the country as a full member by October, subject to the completion of a few outstanding compliance measures under the economic pillar. The Summit also agreed to launch negotiations for a Free Trade Agreement between ASEAN and the GCC, which would open new avenues to expand markets, stimulate investment and deepen regional economic integration. (Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page) #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #ASEAN2025
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads