
Anwar Ibrahim|May 26, 2025 03:35
Pencapaian satu dekad sejak penubuhan Komuniti ASEAN, memberi semangat dan keyakinan baharu kepada rantau ini, yang dicerminkan oleh daya tahan luar biasa meskipun dunia kini semakin kompleks dan penuh cabaran.
Saya lontarkan perkara penting itu sewaktu berucap pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini.
Mengambil kira peralihan dalam susunan geopolitik dan sistem perdagangan global kini, saya maklumkan bahawa pemusatan ASEAN dan persaudaraan antara negara-negara anggota penting untuk terus bersatu menghadapi cabaran yang ada ini secara bersama.
Menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama, ini adalah cerminan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini hatta melambangkan kekuatan perpaduan blok serantau yang pastinya akan memberi kesan positif kepada dunia.
Saya turut nyatakan penghargaan Malaysia kepada dukungan semua pihak dalam memastikan bahawa kepengerusian ASEAN kali ini dapat membawa kita semua ke arah pertumbuhan yang adil dan mampan serta daya tahan yang berterusan.
//
Celebrating a decade of the ASEAN Community highlights our resilience in an increasingly complex global landscape.
During my speech at the Plenary Session for the 46th ASEAN Summit, I emphasized the importance of unity and centrality among ASEAN Member States in facing geopolitical challenges.
The historic first ASEAN-GCC-China Summit showcases a successful shift in cooperation models for a multipolar world and the strength of regional unity.
I also thanked all parties for their support in ensuring Malaysia’s ASEAN Chairmanship leads us toward equitable, sustainable growth and lasting resilience.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN
#ASEAN2025
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink