
Anwar Ibrahim|May 17, 2025 01:01
Di sebelah petang, saya hadir ke KazanForum 2025 yang menjadi medan penting untuk saya suarakan keyakinan bahawa dunia Islam harus bangkit sebagai kekuatan bersama yang membawa harapan dan penyelesaian kepada dunia yang semakin berpecah.
Di bumi Tatarstan ini, saya temui semangat kental, keteguhan dan keberanian rakyat Tatar yang tidak pernah tunduk walau dilanda ujian seperti pernah digambarkan Leo Tolstoy dalam karyanya Haji Murat.
Saya lihat semangat itu terzahir dalam forum ini daripada komitmen pimpinan seperti Rais Rustam Minnikhanov, hingga ke usaha konkrit membina sinergi antara negara Islam dan Rusia dalam bidang ekonomi, teknologi dan pembangunan insan. Malaysia menyambut baik ruang kerjasama ini dan bersedia untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan bermakna.
Dalam ucaptama, saya tegaskan bahawa dunia Islam perlu meneroka potensi besar industri halal dan kewangan Islam secara serius sebagai sektor ekonomi strategik. Nilai industri halal global kini melebihi AS3 trilion, namun potensi ini belum diteroka sepenuhnya.
Saya turut gariskan kepentingan peralihan tenaga dan transformasi digital sebagai keutamaan bersama, umpamanya inisiatif seperti ASEAN Power Grid yang menghubungkan tenaga merentasi sempadan geografi. Usaha ini mencerminkan semangat muafakat serantau yang boleh dicontohi dunia Islam.
Namun segala kemajuan material mesti disulami nilai dan akhlak. Dalam dunia yang semakin pincang akibat hipokrasi dan sikap pilih kasih terhadap penderitaan manusia, kita perlu kembali kepada asas yakni ihsan, kemanusiaan, keadilan dan kasih sayang. Gaza adalah contoh nyata bagaimana kemanusiaan dinafikan hanya kerana geopolitik dan kuasa.
Saya hargai sokongan Presiden Putin dan Rais Rustam dalam menjadikan KazanForum platform dialog yang tulen dan pragmatik. Saya juga seru agar suara anak muda diangkat dan diberi pertimbangan serius dalam membentuk masa depan kerana mereka yang bakal meneruskan perjuangan kita.
Dalam dunia yang penuh pertarungan, kita tidak punya pilihan selain terus melangkah dengan keberanian. Seperti yang diungkap sasterawan agung Gabdullah Tukai lebih seabad lalu:
“Бу тормыш кем белән туктар талаштан? Сугыш син һич тә армас-туктамастан.”
“To whom only life in malicious conflict was not? In your struggle to it do not concede at all.”
=====
I attended KazanForum 2025, an important platform where I reaffirmed my belief that the Islamic world must rise as a collective force of hope and solutions in an increasingly fractured world.
Here in Tatarstan, I was deeply moved by the resilience, strength and unwavering spirit of the Tatar people, qualities vividly captured by Leo Tolstoy in Haji Murat. Despite adversity, they stood firm. That same spirit lives on in this forum and its commitment to progress.
From the leadership of Rais Rustam Minnikhanov to the forum’s focus on economic and human development, I saw a genuine effort to build stronger ties between Islamic nations and Russia. Malaysia welcomes this cooperation and is ready to contribute meaningfully.
In my keynote, I stressed the need to unlock the vast potential of the halal industry and Islamic finance, now valued at over USD 3 trillion, as strategic sectors that benefit both Muslim and non-Muslim societies alike.
I also emphasised the importance of energy transition and digital transformation, citing the ASEAN Power Grid as a model of cross-border cooperation that the wider Islamic world can draw inspiration from.
But material advancement must go hand in hand with values. In a world scarred by hypocrisy and selective outrage, we must return to justice, compassion, and human dignity. The suffering in Gaza is a stark reminder of how these principles are often cast aside in the face of power and geopolitics.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink