Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|10月 19, 2026 11:24
Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara yang membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah. Mesyuarat mendengar cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah serta persediaan awal Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari. Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas. NADMA, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Saya turut menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu. Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai. Pada masa sama, mesyuarat dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman Super El Nino yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan. Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. NADMA perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti. Nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. Inilah amanah yang mesti kita galas bersama. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads