Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|6月 16, 2026 04:53
Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan yang berlangsung pada awal Jun membuahkan hasil apabila AT&S mengumumkan hasrat untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi. Pelaburan ini dijangka memperkukuh lagi ekosistem semikonduktor negara serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia. Keyakinan pelabur antarabangsa seperti AT&S membuktikan bahawa dasar yang jelas, kestabilan politik, tatakelola yang baik serta iltizam kerajaan untuk memacu transformasi ekonomi sedang meletakkan Malaysia di landasan yang tepat sebagai destinasi utama pelaburan teknologi maju dan pusat pertumbuhan ekonomi baharu rantau ini. Perkembangan ini amat bermakna dalam menjulang semangat saling percaya dan komitmen terhadap masa depan ekonomi digital negara yang kini diterjemahkan melalui pelaburan yang nyata serta berimpak tinggi kepada negara. #MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI #EkonomiMADANI https://ats.net/en/press/ats-expands-kulim-site-to-support-long-term-customer-demand-and-deepen-strategic-technology-partnerships/
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads