Anwar Ibrahim|Mar 22, 2025 12:36
Usai mesyuarat, saya kemudian ke Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat Tuaran yang turut dihadiri ribuan masyarakat tempatan dalam suasana penuh harmoni.
Sewaktu berucap, saya maklumkan hadirin, Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat memberi fokus kepada pelbagai aspek pembangunan, baik jangka pendek dan panjang apabila kestabilan politik terus terpelihara dan dikekalkan.
Ini sekaligus membantu kerajaan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat, termasuk di Sabah, selain berjalan seiring dengan perubahan teknologi dunia seperti transisi tenaga, melaksana pelan perindustrian dan kecerdasan buatan (AI).
Dalam majlis yang sama, saya turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, wakil rumah kebajikan, masjid dan surau terpilih.
Di kesempatan yang ada, saya juga menyantuni masyarakat setempat dalam mengeratkan silaturrahim bersama pemimpin, warga Tuaran dan kawasan sekitarnya.
Di penghujung Ramadan ini, moga keberkatan bulan yang mulia terus dirasai dan dinikmati Ramadan kita semua dalam mengukuhkan keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara yang kita cintai.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink