Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Feb 13, 2025 12:51
Malam ini adalah malam ke-15 pada bulan Syaaban, bermakna kurang lebih dua minggu umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan al-Mubarak yang dilimpahi dengan keberkatan dan kerahmatan. Momentum ini seharusnya kita memperbanyak doa dan zikir kepada Allah swt, agar dipersiapkan rohani, jasmani dan berfikiran positif dengan segala bentuk ibadah lahir dan batin termasuk berpuasa, menekuni ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksudnya, zakat, berbuat baik dan khidmat kepada ibu bapa dan masyarakat. Menjelang malam Nisfu Syaaban ini, lazimi bibir dan hati kita dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil kepada Allah swt serta bersolawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW. Mohonlah keampunan dari Allah SWT dan kesejahteraan kepada umat Islam terutama buat saudara kita di Palestin dan Gaza. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325] #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+5
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads